BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

Ciri-ciri seorang kaunselor

Seorang kaunselor perlu lah mempunyai ciri-ciri:-
1. Mempunyai ilmu dan kepakaran yang tertentu dalam bidang kaunseling.
2. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perkembangan psikologi kanak- kanak dan remaja.
3. Mempunyai keyakinan diri dan percaya kepada kebolehan orang lain.
4. Mempunyai kredibiliti tinggi, iaitu boleh dipercayai.
5. Mampu mengurangkan risiko semasa proses kaunseling.
6. Mempunyai sifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu.
7. Sanggup melibatkan diri dalam masalah klien.
8. Amanah, jujur dan ikhlas.
9. Bersikap terus-terang, tegas dan tidak menyembunyikan sesuatu.
10. Tidak mempunyai syak wasangka terhadap klien.
11. Mempunyai sifat sejati seperti ketepatan dalam pernyataan dan dalam tingkah lakunya.
12. Bijak melayani klien dan boleh mewujudkan suasana mesra, iaitu dengan menggunakan perkataan yang lembut dan menarik hati.
13. Berprihatin, bersimpati dan peka kepada perasaan kliennya.
14. Persepsi kaunselor terhadap hubungan dengan klien mestilah positif.
15. Mempunyai beberapa kemahiran seperti mendengar, memimpin, mentafsir, merumus dan menyampaikan maklumat.
16. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada klien.
17. Kebolehan menentukan objektif jangka pendek dalam sesuatu perkara dan berupaya menjalankan sesuatu tumuduga.
18. Kebolehan menyampaikan idea dan menganalisis perasaan klien.
19. Sabar dan tidak jemu dengan sesi kaunseling.
20. Peramah dan tidak sombong.
21. Mengutamakan kebajikan klien.
22. Mempunyai fikiran yang waras, sihat dan emosi yang stabil.


Menurut Carl Rogers, ciri-ciri kaunselor ialah :
1. Penerimaan dan kemesraan
2. Tidak menghukum
3. Ketulenan
4. Ketepatan

0 comments: